Kesan Pembuangan Sampah Di Pantai-Pantai Peranginan Port Dickson Negeri Sembilan
Pengenalan Port Dickson merupakan salah satu daerah di Negeri Sembilan. Nama Port Dickson ini adalah bersempena dengan nama seorang pegawai tinggi British iaitu Sir John Frederick Dickson yang bertugas ni Negeri-negeri Selat pada akhir abad ke-19. Sebelum bandar ini berkembang, masyarakat tempatan mengenali tempat ini dengan nama Tanjung kerana kedudukannya yang teretak di teluk kecil. Nama Alang atau Arang pula dinamakan oleh orang cina dan india kerana terdapat sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang dan menjadi pembekal arang utama kepada kawasan-kawasan yang berhampiran. Menyedari akan kepesatan dan kemajuan Tanjung, Sir John Frederick Dickson membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan dan menjadikannya sebagai tempat istirehat pegawai dan peladang British. Gambar 1 menunjukkan Sir John Frederick Dickson Sumber : Laman web rasmi Port Dickson Municipal Council Kini, daerah Port Dickson dikenali sebagai bandar p...